Assalamualaikum Pokok kaduk tumbuh membiak di sekitar rumahku dengan suburnya. Adakalanya terpaksa dicantas buang kerana telah menyesakkan pandangan. Tertanya-tanya juga apa lagi yang boleh dibuat dengan daun kaduk ni. Kata pepatah, "Malu bertanya sesat jalan". Dalam bersembang-sembang bersama rakan sepejabat mengenai pokok-pokok herba ni, beliau mencadangkan untuk buat masak lemak daun kaduk, Sedap, katanya. Well, why not? Inilah hasilnya. Caranya: Balik dari pejabat, aku memetik beberapa helai daun kaduk (sebab ini peringkat percubaan makanya tak boleh masak banyak, bimbang jadi pembaziran pulak). Ada la dalam 20 helai daun kaduk. Dicuci bersih. Kemudian dicelur. (Celur untuk mengurangkan baunya. Kalau OK dengan baunya, tidak perlu celur) Sementara tu, aku mula mengopek bawang merah dan putih. 2 biji Cili api dipatah-patahkan aje (sebab malas nak menumbuk) Seterusnya, rebuskan saja bawang, cili api, ikan bilis dan serbuk kunyit. Kem