Skip to main content

Isu Copyright


Salam all,
Kali ni nak sembang2 je dulu. Belum nak update hidangan terbaru. Baru sempat nak blog hopping. Singgah kat blog K.Ummi dan terbaca pasal sebuah blog yang suka menepek resepi dan gambar2 dari blog lain. 'Ter'bederau jugak aku sekejap. YE la, aku dulu pun masa mula-mula berblog masak-masak ni, mempunyai tujuan dan nawaitu yang sama dengan siempunya blog yang menjadi sebutan k.Ummi tu. Memang niat baik betul, untuk memudahkan diri sendiri. Ye la kan ...kalau copy & paste dan letak dalam Word file, lepas tu lupa nak print, lepas tu balik rumah dan nak masak resipi tu, takkan nak patah balik ke ofis kan? Nak jengah semula ke blog asal yang mempamerkan resipi istimewa tu, dah lupa la pulak urlnya. Jadi, nak senang cerita, aku pun create satu blog yang aku tepek resipi2 yang aku berkenan tanpa ada sebarang niat untuk menciplak hasil kerja orang lain. Dan aku juga pada saat itu 100% yakin, blog aku tu tidak akan ada makhluk yang berkunjung. Agaknya, itulah niat siempunya blog tu.

Dengan segera, aku flash back ke my first entry. The cut & paste entry. Dah terasalah katakan. Alhamdulillah, aku ni ada sedikit ilmu tentang hak milik dan hak cipta, jadi aku tengok semua resipi yang aku tepek tu ada sumbernya, atau secara akademiknya, citation. Lega.

Tapi hari ini, aku lebih selesa mempamerkan hasil kerja tanganku atau my own findings, contohnya macam 'potato spiral' tu. Kerja tangan aku kat situ adalah sekadar tukang pegang, tukang bayar dan tukang ambik gambar. Yang selebihnya adalah hasilkerja tukang mulut, gigi, lidah dan perut.

Apa2pun, ini merupakan satu peringatan kepada semua. Sesungguhnya yang menulis blog tu, mengarang blog tu tak semudah sekadar menekan Ctrl C dan Ctrl V. Oleh itu kenalah bagi sedikit kredit pada mereka. if you inform them of your intention, and you cite them (link to their website), I am sure they will be extremely glad to let you share it.



wallahua'lam.



Comments

Ummi said…
Salam Waterlily -
Thanks sudi jengah dan baca entry di dapur akak tu, selalu pasal masak2..sesekali terselit luahan hati pulak ek..Akak sangat hargai setiap pengunjung blog akak tuh, tanpa mereka siapalah akak dan semangat akak nak memasak dah banyak diberikan oleh mereka. Terima kasih kerana memahami juga. Selama 3 thn lebih mendekatkan diri sebagai blogger, baru sekali ini jek akak nak berbunyi setelah banyak kali sangat beberapa blogger dibiarkan dan tidak ditegur melakukan kesalahan begini. Sebab memahami mereka blogger baru lah, kami yang terlibat menegur beliau terlebih dahulu di blognya, alhamdulillah mereka sedar dan mohon maaf. Tetapi kejadian yg terbaru ini, benar2 mengguris hati sebab semakin ditegur, semakin kencang dia menepek terus2an. Itulah sebabnya satu entry terpaksa dibuat dengan berat hati untuk beliau...ya lah takut nanti dikatakan nak perbesarkan isu2 remeh temeh..tp rasanya kami ada hak, dan ini bukan hal remeh temeh. Lebih2 lg akak ni byk masa dihabiskan di pejabat, di rumah amat terhad, tetapi bila seseorang dengan mudah aje nak curi2 GAMBAR akak tuh...rasa penat bertambah penat lg laa..Bayangkan balik kerja selewat 6 ptg, akak kena memikir menu, mencari/menyediakan bahan, memasak, membersih dapur, mengambil gambar masakan, mengedit, mengarang utk en3 dan segalanya dalam waktu terbatas, akak baru boleh publish, agak2 pukul berapa akak tdo tu kan..Tp sudah akak pilih jalan ni, akak suka dan puashati. Tp kalau org lain xleh nak bg credit sikit pun kat GAMBAR2 tuh or resepi sekiranya resepi akak, apakah yg terbaik akak patut buat kan... Jika dilihat, x ramai WANITA BEKERJA PEJAHAT di luar sana yg boleh committed dengan blog diarog atau aktifkan blog seperti akak dan mendapat followers sebegitu ramai, that's why akak seronok untuk meneruskannya. Terasa diri ini dihargai. Masa mmg terbatas kan. Kalau akak duk rumah rasanya lagi laju entry akak...Beberapa bloggers dan sifu adalah rakan karib yg selalu memberi semangat dan seronok bersilaturrahim di sini...itu saja niat akak, xda nak mencari perbalahan apatah lg mengejar glemer...terima kasih atas entry Waterlily...akak hargai...Salam sayang dr akak.
Ummi said…
Waaaa sori silap ejaan dah pulak WANITA BEKERJA PEJAHAT = PEJABAT la eh..adeeeiii...sorryyy..
Kak Cun said…
kak ummu:selalu siggah kt dapur ummi...ceduk resipi pastu modify sesedap rse,,tq kak ummi share resipi..

waterlily:nk cube wt yg chicken wrap tu..cam sng n sdp je..lapor je prt ni

Popular posts from this blog

Kebab

Good morning!!!! Let's make a different today. (At least for my kitchen). Done with cereals, nasi lemak, lempeng or mee goreng, lets have something different this morning. Considering the kids only had something light for their dinner last nite, I resort to making an instant kebab!! Mmmm .... Amacam? Terliur tak? Well, very easy to prepare. I used all the instant ingredients. Onion - diced Ayamas Chicken burger - suitable for grilling, defrost and sliced (do not take too long to defrost it as it is difficult to slice it later) Olive - sliced Tomato - diced Olive oil Oppss... don't forget the bread - I use Gardenia's rolls. 1. Heat the pan with olive oil. 2. Fry the sliced chicken burger till cooked. 3. Add onion, tomato and olive. 4. Add seasonings - salt & pepper. 5. Cut the roll in the center vertically, but do not separate it. Apply butter onto it. 4. Toast it over the burning stove for a while (to replace charcoal burn). 5. Stuffed the chicken burger. 6. Garnish wit

Masak lemak Daun Kaduk

Assalamualaikum Pokok kaduk tumbuh membiak di sekitar rumahku dengan suburnya. Adakalanya terpaksa dicantas buang kerana telah menyesakkan pandangan. Tertanya-tanya juga apa lagi yang boleh dibuat dengan daun kaduk ni. Kata pepatah, "Malu bertanya sesat jalan". Dalam bersembang-sembang bersama rakan sepejabat mengenai pokok-pokok herba ni, beliau mencadangkan untuk buat masak lemak daun kaduk, Sedap, katanya. Well, why not? Inilah hasilnya. Caranya: Balik dari pejabat, aku memetik beberapa helai daun kaduk (sebab ini peringkat percubaan makanya tak boleh masak banyak, bimbang jadi pembaziran pulak). Ada la dalam 20 helai daun kaduk.  Dicuci bersih.  Kemudian dicelur. (Celur untuk mengurangkan baunya. Kalau OK dengan baunya, tidak perlu celur) Sementara tu, aku mula mengopek bawang merah dan putih.  2 biji Cili api dipatah-patahkan aje (sebab malas nak menumbuk) Seterusnya, rebuskan saja bawang, cili api, ikan bilis dan serbuk kunyit. Kem

Masak Kicap Pedas

The name of the recipe was given by Hakim. Mak cooked the dish for them. I've tasted it before but my children loves it so much. So, I asked Mak how to prepare it. Sonang je rupanya .. Ingredients Onion - sliced Beef/ Chicken Dried Chilli (blended) Tomato Sauce Soya Sauce Cooking oil How to: fry the onion till fragrant/ tender fry the chilli add in the beef/chicken add tomato and soya sauce pour in some water cook until the beef/ chicken tender add some salt to taste (not too many salt as soya sauce is already salty)