Skip to main content

Nasi Lemak Noxxa

Assalamualaikum

Selamat bersarapan semua. Ini sarapan kami seisi keluarga di pagi hari Selasa ni. 
Alhamdulillah ... syukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. Nikmat rezeki, nikmat kasih sayang, nikmat masa, nikmat selera dan nikmat makan.

Nikmat rezeki - akhirnya aku memiliki periuk Noxxa (dulu rasa tak penting tapi kempen kuat dari kawan dan adik beradik telah menggeletek hatiku untuk membelinya)
Nilmat kasih sayang - kak yan, kakakku telah membelikannya denga harga yang berpatutan
Nikmat masa - dalam kesempatan terhad, sempat aku menyiapkannya untuk seisi keluarga sebelum keluar bekerja
Nikmat selera - nikmat yang sering kita lupakan kerana ramai di luar sana yang tidak berselera untuk makan walaupun punya wang berjuta ringgit dan boleh memilih makanan terenak di dunia tetapi telah Allah tarik nikmat selera ini. 
Nikmat makan - Ada juga yang berselera tapi Allah tarik nikmat makan, tidak boleh makan kerana kekangan pelbagai penyakit. Jadi ... untuk yang masih boleh makan, berpada-padalah dalam makanan, ikut saranan RasulallahSAW, berhenti sebelum kenyang. Insha Allah.

Alhamdulillah .... Syukur Ya Allah .... 



Nasi Lemak Noxxa
3 cawan beras - dicuci
1 cawan santan kelapa sawit (Sabrina is back ....no santan kelapa, she's allergic to it)
3 cawan air
1 inci halia - dihiris atau dititik
1 labu bawang - dihiris kasar
1 batang serai - dititik
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa.

Caranya
1. Aku masukkan kesemua bahan ke dalam periuk Noxxa.
2. Pastikan tombol berada pada pressure.
3. Tekan High Pressure. Setkan pada 7minit.
4. Tekan ON.
Dan aku mula menggorang segala yang diperlukan. Sambal telah siap dimasak lebih awal lagi (I normally precooked my sambal. The precooked sambal can be used to make any kind of sambal in a swift)
5. Selepas 7 minit, periuk berbunyi, aku tekan OFF. Pusing tombol ke Steam untuk mengeluarkan stim dalam periuk. Bila tiada lagi stim (ia berhenti berbunyi), buka tudung periuk, dan siap untuk dimakan.

En Suami tanya berapa lama masa yang diperlukan? Dari mula masuk ke dapur ke meja makan mengambil masa kurang dari 30 minit. Best gitu ...... (yang paling best ialah ikan tenggiri masin yang dimakan bersama nasi lemak tu) ... hihihi
Alhamdulillah.... kurniaan Allah yang tak terperi buat hambaNya.

Wassalam



Comments

adam said…
Wife saya pun guna noxxa untuk masak nasi, lauk dan kek. Memang senang dan jimat masa. Dapur gas guna sekali sekala jer...
water lily said…
Betul En Mat Nor .. sungguh senang dan cepat. Tak nyesal beli ....;-)
Unknown said…
Saya baru beli... Pg ni buat nasi lemak xpress.. Tqvvm
ibuyati said…
Memang memudahkan. Apa pun boleh masak dgn Noxxa. Memang betbaloi ada Noxxa dgn syarat jgn masuk store Noxxa tuh. Sapa nak Noxxa harga kaseh sayang mai pm akak: 019-2494819. TQ
ibuyati said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Kebab

Good morning!!!! Let's make a different today. (At least for my kitchen). Done with cereals, nasi lemak, lempeng or mee goreng, lets have something different this morning. Considering the kids only had something light for their dinner last nite, I resort to making an instant kebab!! Mmmm .... Amacam? Terliur tak? Well, very easy to prepare. I used all the instant ingredients. Onion - diced Ayamas Chicken burger - suitable for grilling, defrost and sliced (do not take too long to defrost it as it is difficult to slice it later) Olive - sliced Tomato - diced Olive oil Oppss... don't forget the bread - I use Gardenia's rolls. 1. Heat the pan with olive oil. 2. Fry the sliced chicken burger till cooked. 3. Add onion, tomato and olive. 4. Add seasonings - salt & pepper. 5. Cut the roll in the center vertically, but do not separate it. Apply butter onto it. 4. Toast it over the burning stove for a while (to replace charcoal burn). 5. Stuffed the chicken burger. 6. Garnish wit...

Masak lemak Daun Kaduk

Assalamualaikum Pokok kaduk tumbuh membiak di sekitar rumahku dengan suburnya. Adakalanya terpaksa dicantas buang kerana telah menyesakkan pandangan. Tertanya-tanya juga apa lagi yang boleh dibuat dengan daun kaduk ni. Kata pepatah, "Malu bertanya sesat jalan". Dalam bersembang-sembang bersama rakan sepejabat mengenai pokok-pokok herba ni, beliau mencadangkan untuk buat masak lemak daun kaduk, Sedap, katanya. Well, why not? Inilah hasilnya. Caranya: Balik dari pejabat, aku memetik beberapa helai daun kaduk (sebab ini peringkat percubaan makanya tak boleh masak banyak, bimbang jadi pembaziran pulak). Ada la dalam 20 helai daun kaduk.  Dicuci bersih.  Kemudian dicelur. (Celur untuk mengurangkan baunya. Kalau OK dengan baunya, tidak perlu celur) Sementara tu, aku mula mengopek bawang merah dan putih.  2 biji Cili api dipatah-patahkan aje (sebab malas nak menumbuk) Seterusnya, rebuskan saja bawang, cili api, ikan bilis dan serbuk kunyit. ...

Masak Kicap Pedas

The name of the recipe was given by Hakim. Mak cooked the dish for them. I've tasted it before but my children loves it so much. So, I asked Mak how to prepare it. Sonang je rupanya .. Ingredients Onion - sliced Beef/ Chicken Dried Chilli (blended) Tomato Sauce Soya Sauce Cooking oil How to: fry the onion till fragrant/ tender fry the chilli add in the beef/chicken add tomato and soya sauce pour in some water cook until the beef/ chicken tender add some salt to taste (not too many salt as soya sauce is already salty)