Assalamualaikum
Selamat bersarapan semua. Ini sarapan kami seisi keluarga di pagi hari Selasa ni.
Alhamdulillah ... syukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. Nikmat rezeki, nikmat kasih sayang, nikmat masa, nikmat selera dan nikmat makan.
Nikmat rezeki - akhirnya aku memiliki periuk Noxxa (dulu rasa tak penting tapi kempen kuat dari kawan dan adik beradik telah menggeletek hatiku untuk membelinya)
Nilmat kasih sayang - kak yan, kakakku telah membelikannya denga harga yang berpatutan
Nikmat masa - dalam kesempatan terhad, sempat aku menyiapkannya untuk seisi keluarga sebelum keluar bekerja
Nikmat selera - nikmat yang sering kita lupakan kerana ramai di luar sana yang tidak berselera untuk makan walaupun punya wang berjuta ringgit dan boleh memilih makanan terenak di dunia tetapi telah Allah tarik nikmat selera ini.
Nikmat makan - Ada juga yang berselera tapi Allah tarik nikmat makan, tidak boleh makan kerana kekangan pelbagai penyakit. Jadi ... untuk yang masih boleh makan, berpada-padalah dalam makanan, ikut saranan RasulallahSAW, berhenti sebelum kenyang. Insha Allah.
Alhamdulillah .... Syukur Ya Allah ....
Nasi Lemak Noxxa
3 cawan beras - dicuci
1 cawan santan kelapa sawit (Sabrina is back ....no santan kelapa, she's allergic to it)
3 cawan air
1 inci halia - dihiris atau dititik
1 labu bawang - dihiris kasar
1 batang serai - dititik
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa.
Caranya
1. Aku masukkan kesemua bahan ke dalam periuk Noxxa.
2. Pastikan tombol berada pada pressure.
3. Tekan High Pressure. Setkan pada 7minit.
4. Tekan ON.
Dan aku mula menggorang segala yang diperlukan. Sambal telah siap dimasak lebih awal lagi (I normally precooked my sambal. The precooked sambal can be used to make any kind of sambal in a swift)
5. Selepas 7 minit, periuk berbunyi, aku tekan OFF. Pusing tombol ke Steam untuk mengeluarkan stim dalam periuk. Bila tiada lagi stim (ia berhenti berbunyi), buka tudung periuk, dan siap untuk dimakan.
En Suami tanya berapa lama masa yang diperlukan? Dari mula masuk ke dapur ke meja makan mengambil masa kurang dari 30 minit. Best gitu ...... (yang paling best ialah ikan tenggiri masin yang dimakan bersama nasi lemak tu) ... hihihi
Alhamdulillah.... kurniaan Allah yang tak terperi buat hambaNya.
Wassalam
Comments
rockets jerseys
nhl jerseys
spurs jerseys
canada goose jackets
mulberry handbags
christian louboutin outlet
ugg boots
polo ralph lauren
coach canada
michael kors outlet
coach handbags
longchamp
ugg boots
superdry uk
adidas superstar
oakley sunglasses
moncler jackets
canada goose outlet
canada goose outlet
cheap nfl jerseys china
red bottom shoes for women
cheap mlb jerseys
kyrie shoes
yeezy 500
yeezy
hermes
adidas nmd
golden goose superstar
تركيب عشب طبيعى الفجيرة
تركيب نجيل طبيعي بالفجيرة
خدمات الفجيرة