Tuesday, October 14, 2014

Pais ikan Air Tangan Mak

Alhamdulillah ...Seronoknya dapat makan air tangan mak....

Berjasalah dengan ibu selagi hayatnya masih ada.
Bahagiakanlah dia.
Dia telah bersusah payah menjadikan kita insan berjaya di hari ini.
Jangan di kala kita di puncak kejayaan, ibu dilupa, ibu dipinggir.
Dalam kesibukan tuntutan kerja, celahkan ruang untuk gembirankannya.
Penuhi tuntutannya sedaya mungkin.
Anak perempuan yang solehah membawa ibubapanya ke syurga tatkala taatnya pada suami.
Suami yang soleh pasti akan menyantuni ibubapa yang telah membesarkan isterinya dengan sempurna....
Begitulah .... harapan kita.

Ok, enough with the melodrama...Now for the recipe (made by mak, noted by myself)

Pais Ikan Air Tangan Mak


Resipi Pais Ikan

Ikan yang dibersihkan (biasanya ikan2 yang kecil supaya cepat masak)
*1 cawan kelapa putih
*2 biji cili merah
*1 bawang besar
*1 batang serai dihiris
Asam jawa
Garam
Daun pisang untuk membalut

How to:
- Kisar kesemua bahan hingga halus
- Gaulkan  bersama garam dan perahan asam jawa
- Bahan ini kemudiannya diperap bersama ikan untuk beberapa ketika supaya sebati.
- Bungkus di dalam daun pisang
- Bakar sehingga ikan masak tetapi jangan sampai hitam

Makan dengan nasi panas-panas.....memang umph....I could not stop myself for a second helping of rice even though I fully aware its dinner and I should control my carbo intake .... ;-p ..... jangan lupa jemput mak mertua makan juga ya.

Wassalam.

No comments: