Friday, October 24, 2014

Meehoon Sempoi

Assalamualaikum....

Anak tekak dan selera ni memang menghairankan. Ada kalanya kita 'crave', nak sangat-sangat makan sesuatu. Dan kadang-kadang pula kita 'really dislike' makanan tersebut. Dan bila selera terbuka, selera menghubungkannya dengan otak yang seterusnya menggerakkan kakitangan sehinggakan dalam keadaan letihpun kita masih manpu menyiapkan juadah yang diidam (only applies if we know how to make it).


Aku teringin makan meehoon. Hari dah malam. Aku buka petiais in searching for anything to add to the flavor..... there's only chicken. Well..... chicken will do. My ultimate is 'makan meehoon'.

Bahan2:
1/2 paket meehoon (direndam)
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
Isi ayam
Tomato sos (secukup rasa)
Garam gula (secukup rasa)

Cara:
1. Tumis bawang hingga kekuningan, masukkan isi ayam. Biarkan ia masak.
2. Masukkan cili kisar, tomato sos dan garam. Biarkan semua bahan masak. Tambah air jika perlu.
3. Masukkan meehoon dan sayur2an yang bersesuaian.
4. Gaul agar semua meehoon rata dengan perencahnya.
5. Siap utk dihidang.
You may add other things for mlre taste and visual appealing.

Sonang kan......

Wassalam.

No comments: