Skip to main content

Gulai Telur Ikan Duri

Assalamualaikum.
Hari ni rasa nak puji diri sikit tapi sebelum tu ku panjatkan kesyukuran dan puji-pujian hanya pada Allah kerana hanya Dialah yang layak dipuji. Bersyukur kerana Allah mengurniakan kudrat untuk menyiapkan juadah ini.


Laaaa.... masak gulai je pun. Kenapa nak kecoh sangat? Kecoh la jugak. Maklumlah pukul 1130 pagi baru selesai perbincangan dengan pelajar. 12tgh masuk dapur dan juadah terhidang sebaik selepas zohor. Apa tak kecohnya, sebab pada hari-hari kebiasaan, aku dah ajak ke restoran bila balik kelas tengahari ni, mengenangkan telur ikan ni, ku gagahi jugak. Alhamdulillah.

Istimewanya telur ikan yang menjadi kegemaran kami adalah kerana kami mendapatnya ketika membeli anak ikan duri terbabit. Sebaik membelah perut ikan tersebut semasa menyiangnya, suamiku mendapati keempat-empat ikan duri kecil tersebut mempunyai telur. Inilah rezeki namanya. Alhamdulillah. (Macam bunyi karangan sekolah tak?)

Macam mana nak masak? Mudah. 

Cuma sediakan bahan-bahan berikut:
Ikan duri dan telurnya yang telah siap dibersihkan
3 sudu besar rempah ikan - dibancuh dengan air menjadi pes
2 Bawang merah - tumis dan rebus
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur
1/2 sudu kecil asam jawa extra
Garam
1 sudu susu cair
Tomato dibelah empat
2 sudu besar minyak masak untuk menumis

Caranya.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dihiris. Juga halba campur. Biar kekuningan.
2. Masukkan rempah ikan. Tambahkan air.
3. Biarkan rempah betul-betul masak sehingga 'pecah minyak'.
4. Tambahkan air. Masukkan susu. Asam jawa dan garam. Biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan. Masak sehingga ikan masak.
6.  Masukkan tomato. Dan siap untuk dihidang.
Petua: telur ikan sebaiknya dikukus terlebih dahulu untuk mengelakkan ia pecah dan menjadikan kuah pekat.
Senang saja kan. Tempoh penyediaan dan memasak lebihkurang 30-45 minit.

Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

Kebab

Good morning!!!! Let's make a different today. (At least for my kitchen). Done with cereals, nasi lemak, lempeng or mee goreng, lets have something different this morning. Considering the kids only had something light for their dinner last nite, I resort to making an instant kebab!! Mmmm .... Amacam? Terliur tak? Well, very easy to prepare. I used all the instant ingredients. Onion - diced Ayamas Chicken burger - suitable for grilling, defrost and sliced (do not take too long to defrost it as it is difficult to slice it later) Olive - sliced Tomato - diced Olive oil Oppss... don't forget the bread - I use Gardenia's rolls. 1. Heat the pan with olive oil. 2. Fry the sliced chicken burger till cooked. 3. Add onion, tomato and olive. 4. Add seasonings - salt & pepper. 5. Cut the roll in the center vertically, but do not separate it. Apply butter onto it. 4. Toast it over the burning stove for a while (to replace charcoal burn). 5. Stuffed the chicken burger. 6. Garnish wit

Masak lemak Daun Kaduk

Assalamualaikum Pokok kaduk tumbuh membiak di sekitar rumahku dengan suburnya. Adakalanya terpaksa dicantas buang kerana telah menyesakkan pandangan. Tertanya-tanya juga apa lagi yang boleh dibuat dengan daun kaduk ni. Kata pepatah, "Malu bertanya sesat jalan". Dalam bersembang-sembang bersama rakan sepejabat mengenai pokok-pokok herba ni, beliau mencadangkan untuk buat masak lemak daun kaduk, Sedap, katanya. Well, why not? Inilah hasilnya. Caranya: Balik dari pejabat, aku memetik beberapa helai daun kaduk (sebab ini peringkat percubaan makanya tak boleh masak banyak, bimbang jadi pembaziran pulak). Ada la dalam 20 helai daun kaduk.  Dicuci bersih.  Kemudian dicelur. (Celur untuk mengurangkan baunya. Kalau OK dengan baunya, tidak perlu celur) Sementara tu, aku mula mengopek bawang merah dan putih.  2 biji Cili api dipatah-patahkan aje (sebab malas nak menumbuk) Seterusnya, rebuskan saja bawang, cili api, ikan bilis dan serbuk kunyit. Kem

Masak Kicap Pedas

The name of the recipe was given by Hakim. Mak cooked the dish for them. I've tasted it before but my children loves it so much. So, I asked Mak how to prepare it. Sonang je rupanya .. Ingredients Onion - sliced Beef/ Chicken Dried Chilli (blended) Tomato Sauce Soya Sauce Cooking oil How to: fry the onion till fragrant/ tender fry the chilli add in the beef/chicken add tomato and soya sauce pour in some water cook until the beef/ chicken tender add some salt to taste (not too many salt as soya sauce is already salty)